Logiknya kalau pakar seo join sesuatu contest, tentu contest ini menarik dan menawarkan hadiah yang berbaloi. Lumayan. Lumayan tau... bukan Luna Maya.
Setelah habis aku baca post tersebut, aku mula klik setiap pautan yang ada pada post tersebut. Aku ingin belajar cara buat pautan untuk optimasi blog, akhirnya aku terjumpa benda ni ...
Ha ha ha ...akhirnya terjawablah persoalan yang bermain di fikiran aku pasal contest review lynk.my 2015. Wow ! Mata aku terpaku pada perkataan RM4000. Mak ai ... kaya betul penganjur ni.
Aku nak join contest ni. Cis ... dasar jantan mata duitan! Ha ha ha ... gelak gaya Demang Lebar Daun.
Bagaimana nak join ? Aku cuba geledah site tersebut. Frust ... Akhirnya berpatah semula ke blog pakar seo macho tu.
Aku temui cara penyertaan contest review tersebut. Aku baca satu persatu syaratnya. Tidaklah susah syaratnya.
Contest review lynk dot my 2015 ni bermula dari 27 Oktober 2015 hingga 27 Disember 2015. Bermakna masih ada sebulan setengah lagi untuk aku join dan membuat optimasi.
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan. Bermakna terdapat banyak peluang untuk menang. Nah ... aku senaraikan kategori dan hadiah.
Kategori Top SEO - Hadiah yang disediakan RM500, RM300, RM100
Kategori Top lynkUndi - Hadiah yang disediakan adalah RM500, RM300, RM100
Kategori Top Creative - Hadiah yang disediakan sebanyak RM1000, RM500, RM200
Melihat kepada hadiahnya, nafsu buasku mula menggelegak.
Oh tidak .. ! Ramai top blogger yang join, mana ada peluang ?. Itu tidak jadi masalah. Seandainya aku gagal dalam kategori TOP SEO, masih ada dua peluang lagi untuk aku gapai. Agi idup agi ngelaban.
Sebenarnya aku terlambat jumpa contest review lynk dot my ini. Maka terlepaslah peluang untuk memiliki giveaway penyertaan yang ditaja ikedaikami.com.
Ooppssss.........! Hampir terlupa pula.
Siapa penganjur contest yang kaya ni ?
Penganjur contest ini ialah lynk.my. Site ini menyediakan perkhidmatan memendekkan url. Dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai url shortener. Sama seperti perkhidmatan yang disediakan oleh adfly dan bitly. Yang bagusnya adalah for Malaysia by Malaysian.
Lynk dot my juga memberi peluang untuk anda beriklan bersama mereka. Anda sebagai Advertiser. Jika anda ada bisnes, anda boleh meminta bantuan lynk.my untuk melakukan promosi dengan bayaran serendah RM10. RM10 untuk 600 unique visitor. Murah kan ? Mesti masyuk ...
Anda juga boleh mencipta pendapatan melalui lynk.my sebagai Publisher. Anda perlu cipta lynk, kongsi lynk di media sosial dan dengar bunyi wang masuk . Hi hi hi..... ka ching.
Ala-ala Adsense kan ? Tiba-tiba aku rasa happy sebab tercium bau duit.
Adakah anda rasa berbaloi untuk join contest review lynk.my 2015 ?
Jomlah temankan aku join contest seo ni. Kalau tak mau join, jom undi aku.
JOM UNDI AKU
Aku fikir contest ini akan menjadi sengit apabila semakin ramai pakar seo dan pengamal seo tegar menyertainya. Antara nama besar yang sudah berada dalam contest ini ialah HasrulHassanDotCom pakar SEO Malaya, HappysusDotCom pakar SEO Borneo, AbdFatahDotCom pernah menyertai Busby SEO Contetst, AkmaOmarDotCom pernah memenangi beberapa contest SEO tempatan dan beberapa top blogger lain.
Aku sedang menunggu kemunculan Bro Titan, Bro KhairulAsrol dan Bro Shah Danial. Jika mereka semua berada di contest ini, pastinya kedudukan SERP akan berubah setiap hari. Confirmlah aku makan asap je .... Ha ha ha ...
Mereka suka masuk last minute dan berdesup ... terus menang. Hi hi hi ... teknik apa yang mereka guna ?
Semoga contest review lynk.my 2015 ini dapat merapatkan hubungan para blogger tanahair.