Rawatan Penyakit Menggunakan Terapi Hidro

Apa tu ? 

Terapi hidro ?

Tak pernah dengar pasal terapi hidro. 

Elektrik hidro, hidro gen,  hidro foil ada lah ...

Okaylah ... dalam post ini aku nak bercerita pasal terapi hidro. Sejenis rawatan menggunakan air. Lebih tepat lagi, rawatan menggunakan gelembung-gelembung ultrasonik air.

Aku sendiri telah pun mencubanya. Memang ada kesan positif pada diri.

Pada minggu lepas aku mengalami beberapa masalah kesihatan yang berpunca daripada jerebu, kurang rehat dan waktu makan yang tidak menentu. Rasa tidak selesa dalam diri akibat kesakitan yang berpanjangan menyebabkan aku melayari internet untuk mencari simptom dan penawar penyakit.

Semasa googling dan berFB itulah aku terjumpa dengan terapi hidro. Aku baca segala maklumat yang terpapar dan berbalas-balas mesej dengan owner pusat terapi hidro.

Terus buat temu janji untuk mencuba terapi hidro buat pertama kalinya. 

Hah ........... ! Ownernya Puan. Kecil dan comel. Puan okay. Puan ... !

Di premis tersebut telah tersedia sebuah bath tub berisi air jernih, beberapa peralatan elektrik yang aku tidak berapa kenal, kain basahan dan tuala. 

Wow ...teruja. Aku pun kecebur. Berendam untuk berapa lama ?  Aku pun tak pasti. 

Mula-mula aku rasa geli sebab gelembung-gelembung air ultrasonik meletus di celah ketiak, tengkuk, pinggang, punggung dan celah peha. Semakin lama semakin syok. Terasa badan seperti diurut lembut.

Terhidu pula aroma mandian dan bunyi air seperti air terjun dengan keadaan badan yang sedikit terapung menyebabkan aku hampir terlena. Nice feeling.

Aku tidak pasti berapa lama aku berendam. Syok punya pasal. Lagi syok kalau ada jus buah-buahan, spek hitam dan ... he he he ... day dreaming.

Tiba-tiba gelembung air tu terhenti. Apa hal ? 

Time up. 

Alamak ... kenapa air bath tub berubah warna...? Daki banyak ke ?

Ini jawapannya ...


  
Untuk sepanjang hari itu aku rasa segar, ringan, bertenaga dan kesakitan akibat gastrik aku hilang dengan izin Allah.

Aku teruskan terapi hidro ini selama empat hari berturut. Kebaikan yang aku rasai :
-kesakitan akibat gastrik semakin berkurangan.
-rasa lebih bertenaga untuk turun naik 240 anak tangga sehari.
-alergi habuk berkurangan. (gatal pada kulit dan asma).
-sakit sendi sewaktu bangun pagi juga hilang.
-tidur yang lena selama lima hingga enam jam tanpa terjaga. 
-kencing malam yang lebih teratur.
-rasa happy dan segar (senyum memanjang)

Oopssss... semua ini dengan izin Allah.

Ini antara keupayaan terapi hidro.



Aku juga mengalami satu kesan sampingan akibat terapi hidro ini. 

Apa dia ?

Nak tau ?

Apa kesannya ?

Nak tau tak ?

Okay... aku beritahu kat sini je ...

Bini aku tegur , " hai ..... power nampak ! ".

Ha ha ha ha ha ha ha ........................................................ !

Kesan sampingan yang baik. 

Jika anda ada masalah kesihatan, eloklah mencuba kaedah terapi ini. Anda hanya perlu tukar pakaian dan berendam. 

Untuk maklumat lanjut korang boleh contact owner pusat terapi hidro.

Post ini aku tulis untuk perkongsian pengalaman rawatan penyakit menggunakan terapi hidro

Post ini tiada kaitan dengan contest seo atau contest review.

Terima kasih Puan kerana menyediakan perkhidmatan ini.


2 comments.. read them below or add one

Media Sensasi Media Sensasi 30 November 2015 at 18:17
Baru-baru nie viral kat facebook cerita diana danielle bersalin dalam air.. lebih kurang kot nie